Sabah Hadapi JDT Tanpa 3 Tonggak Utama
MakanBola
SABAH FC

Sabah bakal hadapi skuad Harimau Selatan tanpa 3 tonggak utama untuk aksi malam ini.

Skuad borneo tersebut bakal turun tanpa Gabriel Peres, Daniel Ting dan Darren Lok yang sedang mengalami kecederaan ringan.

Sabah sedang memburu kemenangan pertama selepas hanya mencatatkan 3 seri dalam 3 perlawanan setakat ini bagi saingan Liga Super.

Skuad borneo tersebut hanya seri ketika bertemu Melaka bagi aksi Liga Super minggu ke 4 dengan keputusan 1-1 hasil jaringan Ajdin Mujagic.

Menurut penolong jurulatih Sabah, Alto Linus, Sabah perlu lebih realistik ketika aksi menentang JDT.

“Bagi saya kita perlu realistik. Sudah pasti mana-mana pasukan yang menentang JDT mahu kalahkan skuad tersebut begitu Sabah namun kami akan pulang dengan keputusan positif,” kata Alto Linus ketika di temubual oleh Astro Arena.

Sabah bakal bertemu skuad Harimau Selatan dalam aksi minggu ke 5 saingan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim pada malam ini.