Sabah ‘Hilang’ 5 Bintang, 3 Jadi Pengganti
MakanBola
Sabah FC

Perpindahan mega berlaku di Sabah selepaa lima pemain memilih untuk meninggalkan pasukan.

Skuad kendalian Martin Stano terpaksa menelan hakikat susulan pemergian beberapa tonggak utama The Rhinos musim lalu.

Pemain sayap Sabah FC, Saddil Ramdani telah melengkapkan perpindahan ke kelab gergasi Indonesia, Persib Bandung selepas 4 musim bersama pasukan manakala Telmo Castanheira memperkuat Persik Kediri bagi musim 2025-26.

Penyerang pasukan, Joao Pedro turut tidak kekal di bumi bawah Bayu bagi musim hadapan bersama-sama duo Korea Selatan, Park Tae-su dan juga Kwang-min Ko.

Sabah bagaimanapun telah melakukan tindakan pantas untuk membawa masuk pengganti dengan dua pemain Australia, Dane Ingham dan juga Dean Pelekanos telah sah bersama pasukan.

Stano turut mendapat pengganti baharu pada posisi serangan iaitu pemain kelahiran Croatia, Ajdin Mujagic bersama penyerang Malaysia B-23, Fergus Tierney.

Sabah mengharungi detik sukar apabila tewas besar kepada jaguh Thailand, Buriram United dengan keputusan 8-2 pada aksi ASEAN Charity Sheild 2025 di Pattani baru-baru ini.