Safee Sali Kekal Teguh Sokong Harimau Malaya
MakanBola
PFAM

Menerusi satu hantaran di story Instagram Safee Sali, beliau kekal teguh menyokong skuad Harimau Malaya berkenaan isu hukuman FIFA terhadap FAM dan 7 pemain warisan pada 26 September lalu.

Ketika ini, FAM sudah menerima maklum balas dari FIFA berkaitan sebab menghukum 7 pemain warisan serta Persatuan Bola Sepak Malaysia pada 6 Oktober.

Menurut Safee Sali, beliau masih kekal bersama skuad kebangsaan meskipun berada di situasi sukar ketika ini.

“Saya masih berdiri teguh untuk pasukan Harimau Malaya. FAM kena buat kerja untuk buat rayuan dan mengikut proses seterusnya dan tidak perlu berdiam diri. Mesti fokus kepada jalan penyelesaian bukan hanya fikir tentang apa masalah yang dihadapi.”

Tambah beliau, semua rakyat Malaysia harus bersatu padu demi kebaikan bola sepak negara.

“Setiap kesilapan pasti ada hukuman tapi macam mana kita semua memberi sokongan untuk bangkit itu lebih penting sekarang. Kita kena bersatu bukan mengikut komen dan hasutan untuk saling menjatuhkan negara kita. Harimau Malaya tetap pasukan kebanggaan kita,” ujarnya di satu hantaran di story Instagram rasmi milik beliau.