Bintang Singapura, Safuwan Baharudin kembali perkuat Selangor bagi baki saingan Liga Super 2025-2026.
Safuwan Baharudin akan kembali menyertai kelab gergasi Lembah Klang tersebut selepas tempoh pinjaman bersama Lion City Sailors tamat pada 5 Januari depan.
Menurut Selangor, pemain berpengalaman tersebut bakal memperkuatkan The Red Giants pada tahun depan.
“Pertahanan tengah berpengalaman, Safuwan Baharudin akan kembali secara rasmi ke Selangor FC pada 5 Januari 2026 selepas tempoh pinjaman selama 6 bulan bersama Lion City Sailors tamat.”
Tambah Selangor, Safuwan Baharudin bakal kembali mengakhiri baki saingan Liga Super 2025-2026 bersama The Red Giants dan kepulangan beliau bakal memperkuatkan lagi barisan pertahanan.
“Beliau akan menyertai #GergasiMerah semula bagi baki saingan musim 2025-2026 dan kepulangannya dijangka dapat mengukuhkan lagi benteng pertahanan kami sepanjang baki musim ini,” kata Selangor dalam satu kenyataan di laman media sosial.
Untuk rekod, Safuwan Baharudin pernah menyarung jersi Selangor sebanyak 2 kali pada tahun 2019 dari Pahang dan 2023 dari Negeri Sembilan.