Perbandingan nilai pasaran antara dua pemain muda berbakat besar di Malaysia, Arif Aiman Hanapi dan Luqman Hakim Shamsudin mencuri tumpuan.
Arif yang kini berusia 23 tahun beraksi cemerlang bersama skuad Harimau Selatan pada aksi pra-musim di Sepanyol baru-baru ini.
Beliau diberi peranan selaku kapten pasukan dan membantu JDT untuk merekodkan tiga kemenangan dan dua keputusan seri daripada tujuh perlawanan.
Pemain sayap kebangsaan ini juga muncul pemenang Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia 2024-25 selain beraksi cemerlang pada aksi AFC Champions League Elite (ACLE) musim ini.
Berdasarkan kemas kini laman Transfermarkt, Arif kini merupakan pemain tempatan ketiga termahal selepas Joao Figueiredo iaitu 2 Juta Euro (RM9.9 Juta) dan juga Nacho Mendez 1.50 Juta Euro (RM7.4 Juta).
Angka pemain sayap lincah ini meningkat hampir 100,000 Euro (RM495,000) berbanding kemas kini awal tahun 2024.
Seorang lagi pemain muda tempatan, Luqman Hakim yang pulang beraksi di Liga Malaysia selepas lima tahun di luar negara turut mencuri tumpuan.
Tonggak berusia 23 tahun ini menyertai Negeri Sembilan FC dan telah beraksi dalam beberapa aksi pra-musim di bawah pkendalian Nidzam Jamil.
Kemas kini laman Transfermarkt menunjukkan perbezaan antara Arif dan Luqman dengan anak jati Kelantan itu memiliki nilai pasaran 50,000 Euro (RM247,000).
Luqman juga memiliki pengalaman beraksi pada beberapa saingan liga di Eropah dan Asia seperti KV Kortrijk di Belgium (2020-2025), Njardvik di Iceland (2023) dan juga Yokohama SCC (2024).