‘Saham’ Arif Aiman Naik Mendadak Lagi
MakanBola
Johor Southern Tigers

Pemain sayap lincah Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi terus mencatatkan peningkatan mendadak dalam nilai pasarannya.

Tonggak berusia 23 tahun ini menjadi sandaran utama skuad Harimau Selatan sejak empat musim kebelakangan ini dan membantu JDT untuk menyapu bersih trofi domestik.

Khidmat beliau menjadi sandaran utama pasukan kendalian Xisco Munoz terutamanya pada kempen AFC Champions League Elite (ACLE) dan juga ACC Shopee Cup 2025-26.

Kemajuan terbaru terus direkodkan oleh tonggak lincah ini selepas mencatatkan kenaikan nilai pasaran berdasarkan kemas kini terbaru laman Transfermarkt pada 9 Disember 2025.

Arif Aiman kini dinilai pada tanda harga 700,000 Euro (RM3.35 Juta) sekali gus muncul sebagai pemain tempatan paling bernilai di Liga Super Malaysia 2025-26 sebagai pemain aktif semasa.

Nilai ini mencatatkan kenaikan sebanyak 50,000 Euro berbanding kemas kini terdahulu iaitu 650,000 Euro (RM3.11 Juta).

Kedudukan ini membolehkan Arif menjarakkan diri dengan beberapa pemain tempatan JDT seperti kapten, Matthew Davies (RM2.16 Juta), Syihan Hazmi (RM1.8 Juta) dan Romel Morales (RM1.55 Juta).

Arif bagaimanapun kini dalam fasa pemulihan selepas mengalami kecederaan ketika bersama pasukan kebangsaan pada aksi kelima Kumpulan F, Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027 mementang nepal, 18 November lalu.