Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan ketibaan bintang muda kelahiran Sepanyol, Teto Martin.
Pengumuman perpindahan masuk pemain berusia 24 tahun ini dilakukan oleh laman Johor Southern Tigers pada Selasa yang menyaksikan Teto menjadi rekrut terkini skuad Harimau Selatan.
”Pemain tengah muda dari Sepanyol kepunyaan kami,” umum JDT di laman media sosial.
”Selamat datang ke JDT, Teto!”
Untuk rekod, Teto tiba di JDT selepas meninggalkan pasukan dari Sepanyol, CD Tenerife dan telah melakukan sebanyak 21 penampilan di saingan LaLiga 2 dan dua kali kemunculan di Copa Del Ray.
Kehadiran Teto ini dijangka bakal memberi pilihan tambahan buat jurulatih JDT, Xisco Munoz untuk mengisi posisi sayap skuad Harimau Selatan selain keberadaan pemain sedia ada.