Selangor Fail Rayuan Kepada Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia
MakanBola
Selangor FC

Selangor bakal memfailkan rayuan kepada Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) di Kuala Lumpur.

Hal ini berikutan selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menolak rayuan Selangor atas dakwaaan insiden-insiden melibatkan penyokong Selangor di Stadium MBPJ ketika aksi The Red Giants menentang Negeri Sembilan pada 29 Oktober tempoh hari.

Selangor telah didenda sebanyak RM 100,000 beserta 2 perlawanan Piala FA tanpa penonton di halaman sendiri. Ia termasuk aksi Separuh Akhir Kedua Piala FA musim ini, Selangor menentang Sabah pada 30 November depan.

Selepas itu, perlawanan pertama The Red Giants di tempat sendiri bagi aksi Piala FA musim depan.Selangor bakal memfailkan rayuan kepada Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) di Kuala Lumpur.

Ia selaras dengan Artikel 77 dan Artikel 129 Kod Tataterib FAM (Kod FAM), Artikel 77 dalam Kod FAM hanya mengiktiraf (AIAC) sahaja sebagai mahkamah timbang tara bebas yang sah bagi kes ini.