Pasukan Selangor menjalin kerjasama strategik bersama pembuat kereta Korea, Hyundai Motor.
Kerjasama ini diumumkan oleh Hyundai Motor Malaysia di media sosial rasmi mereka. Jalinan kerjasama ini menyaksikan rakan pengangkutan rasmi kelab Selangor pada musim ini ialah Hyundai Motor.
“Hyundai Motor Malaysia sangat bangga mengumumkan jalinan kerjasama dengan Selangor FC sebagai Rakan Pengangkutan Rasmi bagi musim 2025-2026 Bola Sepak pada musim ini.”
“Bersama-sama, kita memandu dengan lebih semangat, prestasi dan kebanggaan di dalam atau di luar padang semasa kita membentuk masa depan di inspirasi oleh kepercayaan teras kami : Kemajuan Untuk Kemanusiaan,” kata Hyundai Motor Malaysia dalam satu kenyataan.
Pengumuman ini menyaksikan jenama Hyundai Motor menjadi Rakan Pengangkutan Rasmi kedua di Liga Malaysia selepas Toyota mengumumkan menjalinkan kerjasama bersama kelab Johor Darul Ta’zim (JDT).
Sejurus pengumuman ini dibuat, penyokong Selangor sangat gembira dengan kerjasama tersebut bagi membantu kelab mereka mempamerkan aksi terbaik di dalam kancah Liga Malaysia.
Selangor tidak asing lagi di taja beberapa jenama terkemuka seperti Daikin, SVG Worldwide dan Provident Fiduciaries Berhad.