Selangor mengumumkan berita mengejut untuk merehatkan ketua jurulatih, Katsuhito Kinoshi serta-merta.
Berita pengumuman ini disampaikan menerusi satu hantaran di laman media sosial pada Jumaat dengan Katsuhito Kinoshi direhatkan dari tugasan utama selaku ketua jurualatih pasukan utama.
“Selangor FC dengan ini mengumumkan bahawa Katsuhito Kinoshi telah direhatkan daripada tugas beliau sebagai Ketua Jurulatih pasukan utama,” umum Selangor FC.
“Pihak kelab ingin merakamkan penghargaan dan berterima kasih kepada beliau atas segala sumbangan, usaha dan komitmen beliau sepanjang tempoh perkhidmatannya bersama Selangor FC.”
“Tanggungjawab ketua jurulatih pasukan utama kini digalas oleh Christophe Gamel secara interim sementara kelab menjalani proses pelantikan seorang ketua jurulatih tetap yang baharu,” tambah pihak kelab.
Untuk rekod, Kinoshi dilantik pada 25 November tahun lalu dan berjaya membantu Selangor menjulang MFL Challenge Cup 2024-2025 dengan 12 kemenangan daripada 23 aksi sepanjang beliau bertugas.