Selangor Setuju Lepaskan Kevin Deeromram
MakanBola
Selangor FC

Selangor mencapai kata sepakat bersama pertahanan kiri dari Thailand, Kevin Deeromram untuk menamatkan kontrak.

Pengumuman ini dibuat oleh pihak pengurusan Selangor menerusi suatu kenyataan setelah mencapai persetujuan bagi melepaskan Kevin Deeromram selepas separuh musim.

Pihak kelab juga sempat merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pemain tersebut atas segala komitmen serta sumbangan yang telah diberikan selama ini.

Untuk rekod, Kevin Deeromram menyertai Selangor pada permulaan musim ini dari kelab gergasi Thailand, Port FC serta berjaya merekodkan 4 gol dan 2 ‘assists’ dalam 18 penampilan.