Selangor & Singapura Rebut Piala Sultan Selangor Pada 27 September
MakanBola
Selangor FC

Selangor dan Singapura bakal berentap pada 27 September ini untuk merebut trofi Piala Sultan Selangor.

Pengumuman itu dibuat Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman sesawang rasmi mereka.

Sejak diasaskan pada 2021, pertandingan ini meraikan persaingan dan warisan bola sepak yang dikongsi bersama Selangor dan Singapura.

Edisi kali ini menyaksikan Stadium Merdeka dipilih sebagai tuan rumah kejohanan. Stadium ini menjadi saksi pelbagai kejayaan piala terutama Piala Malaysia dari tahun 1970-an hingga 1990-an.

Edisi 2025 menyaksikan perlawanan antara Veteran Selangor dan Veteran Singapura akan bermula pada jam 8.00 malam.

Ini disusuli pertembungan antara Pilihan Selangor dan Pilihan Singapura yang akan berlangsung pada jam 9.00 malam.

Pilihan Singapura dijangka mengetengahkan barisan pemain terbaik yang beraksi dalam saingan Singapore Premier League (SPL).

Selangor telah memenangi Piala Sultan Selangor sebanyak 11 kali. Ini termasuk kejayaan yang diraih pada tahun 2024.