“Selangor Tak Patut Bolos” – Katsuhito Kinoshi
MakanBola
Selangor FC

Jurulatih Selangor, Katsuhito Kinoshi menganggap skuad beliau tidak sepatutnya bolos pada aksi pertama Piala FA pusingan 16 pada Sabtu.

Selangor membuka kempen saingan Piala FA bagi musim 2025-2026 dengan menentang skuad dari Liga A1, Malaysian University pada 16 Ogos 2025 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Perlawanan tersebut menyaksikan pasukan The Red Giants berjaya memenangi perlawanan pertama dengan keputusan 3-1.

Walau bagaimanapun, skuad Selangor terpaksa akur dengan bolos satu jaringan dengan hasil rembatan masuk dari sebelah kanan gawang Selangor pada aksi separuh masa kedua.

Menurut Katsuhito Kinoshi, mereka menjangkakan tidak akan bolos bagi aksi pertama Piala FA namun sebaliknya terjadi apabila skuad beliau gagal mengawal gerakan cantik pemain MUFT, Aiman Danial sehingga dapat menghasilkan jaringan pada minit ke 83′.

“Saya sangat gembira dengan mendapatkan kemenangan. Kami perlu faham bahawa setiap perlawanan adalah progres.”

“Bagi saya ini juga merupakan satu sasaran untuk mendapatkan piala dan bolos satu jaringan mungkin kesilapan dari saya,” kata Katsuhito Kinoshi ketika sesi temu bual bersama Astro Arena selepas perlawanan.

Selangor bakal meneruskan aksi dalam Piala Shopee dengan menentang Buriram United manakala Malaysian University bakal bertemu Seoul Phoenix dalam Liga A1.