Rekod pertemuan lalu dilihat mampu memberi kelebihan kepada Selangor untuk aksi Liga Super musim ini menentang Terengganu.
Rekod lalu menyaksikan Selangor telah memenangi 4 kemenangan daripada 5 perlawanan terakhir menentang Terengganu. Ini termasuk kemenangan 1-0 The Red Giants ke atas skuad Penyu dalam Liga Super pada 5 April lalu.
Gol Alvin Fortes pada minit ke 87′ memberikan kemenangan kepada pasukan Selangor pada pertembungan terakhir dalam kancah Liga Super musim lepas.
Satu-satunya perlawanan di mana Selangor tunduk dalam 5 pertembungan terakhir adalah ketika aksi separuh akhir Piala FA 2024-2025 perlawanan pertama yang bertempat di halaman skuad Terengganu.
Skuad Penyu ketika itu dibarisi oleh Safawi Rasid, Nurillo Tukhtasinov dan Ismahil Akinade berjaya merobek gawang pasukan Selangor
Sementara itu, The Red Giants membalas dua jaringan menerusi Alvin Fortes dan Noor Al-Rawabdeh untuk memastikan kekalahan hanya dipisahkan dengan satu gol.
Selepas itu, ketika aksi kedua separuh akhir Piala FA 2024-2025 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya skuad Selangor berjaya membenam cabaran Terengganu dengan keputusan perlawanan 4-1.
Ia memastikan pasukan The Red Giants memenangi aksi separuh akhir Piala FA musim 2024-2025 dengan agregat 6-4 dan menempah tiket ke perlawanan akhir menentang JDT.
Selangor bakal bertemu pasukan Terengganu bagi aksi Liga Super minggu ke 4 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada Rabu.