Selepas Kata-Kata Tunku Ismail, Lihat Apa Dah Jadi Pada Jairo
MakanBola
Johor Southern Tigers

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor membuktikan kata-katanya kepada penyerang JDT, Jairo Da Silva tidak salah.

Baginda yang sentiasa bercakap berlandaskan fakta dan statistik membuktikan bahawa setiap pemain yang dibawa masuk untuk bersama skuad Harimau Selatan memiliki sinar tersendiri.

Baru-baru ini, DYAM Tunku Ismail dalam satu sesi Soal Jawab (Q&A) di Johor Bahru berkongsi pandangannya mengenai isu semasa sukan khususnya bola sepak tanah air.

Baginda turut memberikan analisis berhubung prestasi pasukan JDT terutamanya ketika pasukan dilanda krisis kecederaan pada ketika ini.

Namun begitu, DYAM Tunku Ismail turut menzahirkan rasa kasihan terhadap penyerang import baharu JDT iaitu Jairo Da Silva yang menerima kritikan daripada peminat.

“Kalau kita tengok rekod dia (Jairo) sebelum datang ke sini, dia jaringkan banyak gol dalam pertandingan UEFA Conference League

“Kalau kita tengok dia sebelum datang ke sini, bukan dia langsung tak jaringkan gol tapi dia jaringkan 14 gol. Jadi, tak adil untuk kita kecam sepenuhnya, tak masuk akal juga. 

“Pada saya, dia tak bernasib baik tapi saya tak boleh ketepikan kerja keras dia lakukan,” ujar Baginda.

DYAM Tunku Ismail juga mahu peminat melihat prestasi pemain itu dinilai secara holistik dalam setiap perlawanan yang diturunkan.

“Contoh, dalam statistik berapa banyak dia berlari ke ruang atau menahan pertahanan bagi membenarkan pemain sayap kita menyerang. 

“Jadi, inilah fakta-fakta yang kita perlu ada sebelum kita menilai seseorang pemain. 

“Memang tak nampak cantik tapi kalau kita nampak Bergson, dia cukup klinikal dan buat larian dalam kotak penalti. Kadar kerja keras dia tak setinggi Jairo,” tambahnya lagi.

Jairo membalas kepercayaan tersebut apabila meledak tiga gol dalam tiga penampilan terakhir, termasuklah satu jaringan ketika final Piala FA 2025-2026 di Bukit Jalil pada 14 Disember lalu.

Secara keseluruhan, Jairo sudah meledak 11 gol dalam 12 penampilan Liga Super 2025-26.