Senarai 15 Lokasi Tayangan Skrin Besar Aksi Laos vs Malaysia
MakanBola
KBS MALAYSIA

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) akan menyediakan tayangan skrin besar di 15 lokasi terpilih untuk penyokong bola sepak menonton perlawanan Laos dan Malaysia.

Tayangan perlawanan di skrin besar ini merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk meningkatkan lagi sokongan rakyat Malaysia kepada Harimau Malaya.

Skuad kebangsaan yang dibimbing Peter Cklamovski bakal berentap dengan Laos di Stadium Nasional New Laos, Vientiane pada 9 Oktober ini.

Selepas berjaya menewaskan Vietnam pada Jun lalu, Harimau Malaya berharap dapat meraih kemenangan ketiga dalam kempen kelayakan Piala Asia 2027.

Berikut senarai lokasi tayangan skrin besar yang disediakan oleh pihak KBS dan JBSN:

  1. Laman Duta, Presint 15, Putrajaya.
  2. Dataran MPKj@ Stadium Kajang.
  3. Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sembilan, Paroi.
  4. Dataran Duyong Kita.
  5. Dataran Mahkota TMIYC Pasir Gudang.
  6. Bulatan Sultan Azlan Shah, Ipoh
  7. Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Kedah, Alor Setar.
  8. Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Pulau Pinang, Batu Uban.
  9. Dataran Dato’ Sheikh Ahmad, Kangar.
  10. Kompleks Paya Bunga Sentral, Kuala Terengganu.
  11. Dataran Orang Kaya Haji, Kuala Lipis.
  12. Dataran IPG Kampus Kota Bharu.
  13. Dataran Majlis Perbandaran Tawau.
  14. Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak, Kuching.
  15. Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan.

Aksi kali ini lebih menarik kerana beberapa pemain baharu negara berpeluang membuat penampilan pertama dan semula bersama Harimau Malaya.

Antara pemain baharu Malaysia yang berpeluang berbuat demikian ialah Jordan Mintah dan Ramadhan Saifullah.