Saingan Piala FA 2025-2026 sah akan disertai 16 pasukan untuk merebut kejuaraan tersebut.
Malaysian Football League (MFL) bakal mengadakan Majlis Undian Piala FA 2025-2026 pada Isnin (28 Julai) yang melibatkan penyertaan 16 kelab termasuk 3 kelab dari Liga A1 Semi Pro.
3 kelab dari Liga A1 Semi Pro ialah Malaysian University FT, Bunga Raya FC, dan UM-Damansara FC yang sama-sama bakal bersaing dalam saingan Piala FA musim ini.
Selain itu, terdapat 3 pasukan baharu Liga Super yang turut akan beraksi di pentas Piala FA iaitu Imigresen, Melaka dan Brunei DPMM. Ini dapat menghangatkan lagi kejuaraan Piala FA musim 2025-2026.
Seterusnya, 10 pasukan lagi yang bakal bersaing ialah Johor Darul Ta’zim (JDT), Selangor, Kuala Lumpur, Sabah, Kuching, Terengganu, PDRM, Penang, Negeri Sembilan dan Kelantan Darul Naim yang ditukarkan sebagai Kelantan The Real Warriors.
Kesemua perlawanan pada musim ini pusingan 16, suku akhir dan separuh akhir akan dimainkan secara timbal balik bagi merancakkan pertandingan ini.
JDT, Selangor, Sabah, Kuching, Terengganu, Kuala Lumpur, PDRM dan Penang selaku pasukan ‘seeded’ pasukan yang berada di kedudukan ke 8 terbaik terus ke pusingan 16 secara automatik.
Manakala 8 pasukan lagi melibatkan dua pasukan terbawah Liga Super 2024-2025 iaitu Negeri Sembilan dan Kelantan The Real Warriors diikuti 3 kelab terbaharu Melaka, Imigresen dan DPMM serta 3 pasukan dari Liga A1 Semi Pro, Bunga Raya, Malaysian University dan UM-Damansara bakal diundi secara terbuka yang menemukan mereka bersama dengan pasukan “seeded“.
Kelab ‘seeded’ yang berada di posisi 1,4,5 dan 8 akan berada di kedudukan sebelah kiri jadual manakala kelab seeded yang di posisi 2,3,6 dan 7 berada di sebelah kanan jadual mengikut ranking yang telah ditetapkan.
Musim lalu final Piala FA telah melabuhkan tirai dengan kemenangan 6-1 Johor Darul Ta’zim (JDT) ke atas Selangor di perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Senarai 16 Kelab Piala FA Musim 2025-2026
- Johor Darul Ta’zim (JDT)
- Selangor
- Terengganu
- Sabah
- Kuching
- Kuala Lumpur
- PDRM
- Kelantan The Real Warrior
- Penang
- Negeri Sembilan
- Melaka
- Imigresen
- Brunei DPMM
- UM-DAMANSARA
- Bunga Raya
- Malaysian University