Senarai 25 Pemain Malaysia B-23 Ke Sukan SEA
MakanBola
Malaysia NT

Pengendali Malaysia B-23, Nafuzi Zain mengumumkan senarai 25 pemain yang dipanggil untuk kempen Sukan SEA 2025.

Ini selepas pengurusan skuad kebangsaan mengumumkan senarai 25 pemain di platform rasmi mereka hari ini.

Kapten Johor Darul Ta’zim (JDT II), Aysar Hadi Mohd Sapari mengetuai senarai sembilan orang pemain yang dipanggil Nafuzi.

Penjaring terbanyak Liga A1 Semi-Pro, Abdul Rahman Daud pula mengetuai senarai tujuh pemain Selangor II.

Nafuzi turut memanggil beberapa pemain yang menjadi tunjang Malaysia B-23. Antaranya Aliff Izwan Yuslan, Fergus Tierney, Haqimi Azim Rosli dan Ubaidullah Shamsul Fazili.

Ubaidullah segar daripada kejayaan membantu Harimau Malaya menewaskan Nepal 1-0 dalam aksi kelima kelayakan Piala Asia 2027 baru-baru ini.

Skuad kali ini turut menyaksikan pemain UM-Damansara United, Muhamad Haziq Mukriz Mohamed Hasemuddin dipanggil.

Skuad Malaysia B-23 akan mengadakan dua aksi persahabatan secara tertutup sebelum memilih senarai akhir 23 pemain. Kem latihan Malaysia B-23 dijangka bermula pada 25 November ini.