Senarai 5 Pemain Termahal Dunia, Hanya Satu Dari EPL
MakanBola
Manchester City

Seorang bintang Liga Perdana Inggeris (EPL) menjadi sebahagian daripada senarai lima pemain termahal di dunia ketika ini.

Bintang yang dimaksudkan ialah penyerang Manchester City, Erling Haaland. Ini kerana beliau berkongsi kedudukan pemain termahal dunia dengan dua lagi bintang sensasi.

Selain Haaland, bintang muda Barcelona, Lamine Yamal dan penyerang Real Madrid, Kylian Mbappe turut berkongsi nilai €200 juta (RM953 juta).

Ini berdasarkan kemas kini terbaru senarai pemain termahal di dunia yang dikeluarkan Transfermarkt.

Jude Bellingham dan Vinicius Jr melengkapkan senarai lima pemain teratas masing-masing dengan nilai €160 juta (RM762 juta) dan €150 juta (RM715 juta).

Dua lagi bintang EPL berada dalam senarai 10 pemain termahal dunia iaitu Bukayo Saka dan Cole Palmer.

Saka dan Palmer masing-masing di tangga kesembilan dan ke-10 dengan nilai €130 juta (RM619 juta) dan €120 juta (RM572 juta).

Kedudukan ini dijangka berubah selari dengan prestasi semasa para pemain tatkala musim 2025/26 bakal memasuki bahagian kedua.