Senarai Stadium Rasmi 16 Pasukan Liga A1 Musim Ini
MakanBola
Universiti Putra Malaysia

Mari semak senarai 16 stadium yang bakal digunakan oleh kesemua kelab yang beraksi di Liga A1 Semi Pro musim ini.

Saingan Liga A1 Semi Pro bakal membuka tirai pada 2 Ogos dengan 16 kelab hebat akan bersaing sesama sendiri untuk merebut kejuaraan edisi ke-5 ini selepas Melaka menjuarai musim lalu.

Menariknya pada musim kali ini, terdapat beberapa pasukan yang memiliki penyokong tegar dan sejarah hebat antaranya Perak FA, Kedah Darul Aman, Kedah FA selain Kelantan Red Warrior.

Bagi membantu peminat merasai kehangatan saingan Liga A1 musim ini, MakanBola menyenaraikan stadium-stadium yang bakal digunakan oleh 16 pasukan sebagai gelanggang tuan rumah.

Senarai 16 pasukan Liga A1 Semi Pro dan gelanggang tuan

Perlis GSA – Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar.
Manjung City – Stadium MP Manjung.
Kedah Darul Aman FC – Stadium Mini MPKP, Jitra.
Armed Forces – Stadium Mindef, Kuala Lumpur.
Perak FA – Stadium MP Manjung.
Malaysian University – Stadium USIM, Nilai.
JDT II – Stadium MP Pasir Gudang.
Kelantan Red Warrior – Stadium Sultan Muhammad IV.
Machan FC – Stadium Hang Tuah, Melaka.
Imigresen II – Stadium UPM, Serdang.
UM Damansara United – UM Arena.
Selangor II – Stadium MBPJ atau Stadium MP Selayang.
Bunga Raya FC – Arena IRC, Sendayan.
Seoul Phoenix – Stadium MMU, Cyberjaya.
Kelantan WTS – Stadium Sultan Muhammad IV.
Kedah FA – Stadium Darul Aman.

Aksi pertama Liga A1 Semi Pro bakal menyaksikan Perlis GSA dan Kedah FA turun berentap di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar pada Jumaat dengan sepak mula perlawanan jam 9 malam.

Selain itu, Manjung City pula melayani kunjungan Imigresen II di laman keramat sendiri turut diadakan pada Jumaat dengan sepak mula perlawanan sama seperti waktu aksi Perlis GSA vs Kedah FA.