Senyuman Isco Petanda Antony Bukan Calang-Calang Pemain Di Dunia
MakanBola
Antony Santos

Prestasi cemerlang Antony mendapat perhatian kapten Real Betis, Isco baru-baru ini.

The Football Arena melaporkan Isco kelihatan tersenyum apabila bekas pemain sayap Manchester United itu meledakkan dua gol ketika menentang Olympique Lyon. Betis menang dengan keputusan 2-0.

Dua gol tersebut memastikan Betis kekal berada dalam kelompok 10 pasukan teratas Liga Europa UEFA (UEL) dengan lapan mata.

Isco yang terpaksa berehat selama tiga bulan akibat kecederaan cukup teruja dengan prestasi menarik Betis dan Antony.

Selepas melengkapkan perpindahan tetap ke kelab Andalusia itu, pemain berusia 25 tahun itu sudah meledakkan enam gol dalam 10 penampilan musim ini.

Selain itu, Antony turut mencipta dua bantuan gol dalam semua kejohanan. Justeru, tidak hairanlah ramai ingin melihat beliau kembali menyarung jersi Brazil di peringkat antarabangsa.

Walau bagaimanapun, nama Antony tidak disenaraikan Carlo Ancelotti dalam skuad Brazil untuk perlawanan antarabangsa bulan November.

Meskipun namanya belum tersenarai, prestasi terbaik beliau bersama Betis dijangka menjadi pemangkin untuk kembali beraksi di peringkat antarabangsa pada masa akan datang.