Seorang Lagi Anak Fandi Ahmad Sertai Singapura B-23 Ke Sukan SEA
MakanBola
Young Lions FC

Seorang lagi putera legenda Singapura, Fandi Ahmad membawa cabaran negara itu di peringkat antarabangsa.

Ini selepas nama Iryan Fandi menjadi sebahagian daripada 23 pemain skuad Singapura B-23 untuk kempen Sukan SEA 2025.

Senarai tersebut diumumkan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) menerusi satu kenyataan di platform rasmi mereka.

Ini bukan kali pertama Iryan dipanggil beraksi mewakili Singapura di peringkat antarabangsa. Sebelum ini, beliau juga sebahagian daripada skuad Singapura B-20 yang bersaing dalam kelayakan Piala Asia B-20.

Tidak seperti dua abangnya, Ikhsan dan Ilhan Fandi yang beraksi di bahagian serangan, Iryan mengikut jejak abang sulung mereka, Irfan di bahagian pertahanan.

Ini kerana kedua-duanya beraksi sebagai bek tengah. Iryan ketika ini beraksi secara pinjaman bersama Young Lions FC dari Hougang United.

Singapura B-23 akan bersaing dalam Kumpulan A bersama tuan rumah, Thailand dan Timor Leste. Ini selepas pasukan itu dipilih sebagai pengganti Kemboja yang menarik diri daripada acara tersebut baru-baru ini.