Seorang Lagi Penjaga Gol Filipina Dilaporkan Bakal Warnai Liga Malaysia
MakanBola
CEBU FOOTBALL CLUB

Seorang lagi penjaga gol Filipina dilaporkan bakal mewarnai Liga Malaysia iaitu Florencio Badelic Jr dengan menyertai Melaka.

Florencio menjadi penjaga gol kedua dari Filipina yang akan bermain di Liga Super selepas Quincy Kammeraad yang sertai Kuala Lumpur City pada musim ini.

Liga Malaysia tidak asing lagi dengan pemain di posisi penjaga gol dari Filipina kerana sebelum ini Kevin Ray Mendoza juga pernah menyarung jersi Kuala Lumpur City.

Kevin Ray Mendoza turut pernah merangkul penjaga gol terbaik ketika final Piala Malaysia 2021 menentang pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Dia yang mempunyai 68 penampilan bersama kelab Kuala Lumpur City di semua pertandingan seperti Liga Super, Piala Malaysia, Piala FA, dan AFC.

Kevin Ray Mendoza yang sekarang sedang bersama kelab Thailand, Chonburi selepas menjuarai kejuaraan di Liga Indonesia bersama-sama Persib Bandung.

Menurut sumber wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, Florencio bakal menyertai Melaka dari pasukan Cebu yang berpangkalan di Filipina itu dijangka membawa lagi kekuatan ke kelab Melaka bagi saingan Liga Super musim ini.