Seorang Pemain ASEAN All-Stars Akan Sertai Kelantan
MakanBola
Anwar Ibrahim

Pasukan Kelantan musim hadapan bakal diperkuat dengan kehadiran tonggak ASEAN All-Stars yang berjaya kalahkan Manchester United pada Rabu.

ASEAN All-Stars merupakan gabungan pemain pilihan dari negara-negara di rantau Asia Tenggara yang dikumpulkan untuk aksi Maybank Challenge Cup menentang Manchester United.

Aksi yang berlangsung di Bukit Jalil itu menyaksikan pasukan gergasi Eropah itu terpaksa akur tewas 1-0 di tangan ASEAN All-Stars hasil jaringan pemain Myanmar, Mg Mg Lwin di minit ke-71.

Di sebalik kejayaan ini, ada berita perpindahan yang diumum oleh bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa sejurus berakhirnya perlawanan penuh bersejarah itu.

Beliau dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Kelantan sedang berusaha bagi mendapatkan seorang bintang ASEAN All-Stars yang beraksi pada Rabu dan meminta doa dari para peminat.

”ASEAN All-Stars, in shaa Allah salah seorang darinya akan bersama pasukan Kelantan. Doakan,” tulis Tan Sri Annuar Musa di laman Facebook.

Walau bagaimanapun, identiti pemain itu tidak didedahkan meskipun peminat seakan dapat meneka bintang tersebut adalah bekas pemain Sri Pahang, Sergio Aguero yang juga kapten ASEAN All-Stars.

Hal ini berpandukan sekeping foto yang pernah dimuat naik oleh Tan Sri Annuar Musa bersama Sergio Aguero sebelum ini sebaik pemain kelahiran Argentina itu meninggalkan Sri Pahang.