Seoul Phoenix Tamatkan Kontrak Pemain Korea?
MakanBola
Perlis GSA FC

Kelab Korea Selatan, Seoul Phoenix didakwa tidak lagi menggunakan khidmat pemain Korea bagi menghadapi saingan Liga A1-Semi Pro.

Dakwaan ini ditimbulkan ejen bola sepak Korea Selatan, Leo Jeong. Ini selepas beliau mendapati kelab itu menggunakan sepenuhnya kudrat pemain tempatan untuk aksi menentang Perlis GSA FC.

Jeong mendakwa Seoul Phoenix menamatkan kontrak semua pemain Korea susulan dua kekalahan besar yang dialami kelab itu baru-baru ini.

G8tL1RaaoAAKHFb Seoul Phoenix Tamatkan Kontrak Pemain Korea?

“la pasukan Korea, tetapi tiada seorang pun pemain Korea!” katanya dalam satu hantaran di Instagram Story.

“Dan selepas dua kekalahan 8-0 berturut-turut, nampaknya semua pemain Korea telah ditamatkan kontrak mereka dan kembali ke Korea.”

Jeong turut melabel apa yang berlaku sebagai sesuatu yang memalukan buat penggiat bola sepak Korea Selatan.

“Pihak pengurusan, pengurus dan jurulatih pasukan Seoul Phoenix, yang semakin menjadi pasukan yang sangat memalukan di Malaysia, adakah mereka memulakan pasukan ini untuk tujuan ini?” tambahnya.

Sehingga artikel ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan daripada Seoul Phoenix berhubung dakwaan tersebut.

Aksi menentang Perlis GSA menyaksikan Seoul Phoenix sekali lagi dibelasah 8-0. Keputusan ini menyaksikan pasukan itu berada di kedudukan ke-13 liga dengan 14 mata.