Pemain Harimau Malaya, Sergio Aguero ceria apabila membantu pasukannya, Kanchanaburi Power layak ke pusingan 16 Thai FA Cup.
Kejayaan itu dicapai dengan mengatasi Police Tero dalam aksi pusingan kedua kejohanan itu pada 20 Disember lalu.
Selepas mempamerkan prestasi kurang memberangsangkan dalam liga, Kanchanaburi berharap dapat bangkit dalam saingan Thai FA Cup.
Kanchanaburi terpaksa bekerja keras apabila diikat Police Tero tanpa jaringan selepas 120 minit perlawanan.
Pasukan itu mara dengan menerusi penentuan sepakan penalti dengan keputusan 4-2. Berita kejayaan Aguero dan Kanchanaburi turut dikongsikan Harimau Abroad.
Sekiranya Kanchanaburi mara lebih jauh, bekas pemain Sri Pahang FC itu berpeluang mengikut jejak rakan kapten Harimau Malaya, Dion Cools.
Cools menjadi pemain Malaysia paling berjaya di Thailand kerana meraih lapan trofi bersama Buriram United. Ini termasuk trofi Thai FA Cup yang dimenangi sebanyak dua kali.