Bekas pemain Sri Pahang, Sergio Aguero berjaya mencatat bantuan jaringan pertama di Liga Thailand bersama kelab Kanchanaburi Power.
Beliau berpindah dari pasukan Sri Pahang selepas kelab tersebut membuat keputusan untuk tidak menyertai saingan Liga Super musim 2025-2026.
Sergio Aguero mempunyai sebanyak 46 penampilan bersama skuad Sri Pahang dan telah meledak 10 gol manakala 9 bantuan jaringan.
Ini membuktikan ketajaman beliau dan mampu bersaing di peringkat tertinggi seperti Liga 1 Thailand bersama Kanchanaburi Power.
Beliau menyertai Kanchanaburi Power pada awal bulan Julai dan melakukan debut pertama bersama skuad tersebut dengan menentang pasukan True Bangkok United.
Sergio Aguero berjaya mencatatkan bantuan jaringan pada masa kecederaan separuh masa pertama kepada pemain tengah skuad Kanchanaburi Power, Mohamed Mara dan membantu pasukan tersebut mendapat satu mata berharga.
Perlawanan di antara Kanchanaburi Power dan Bangkok United tamat dengan keputusan terikat 3-3. Ini menyebabkan kedua-dua pasukan harus berpuas hati membawa pulang 1 mata.
Sergio Aguero dan Kanchanaburi Power bakal meneruskan aksi liga Thailand dengan menentang Muangthong United pada 31 Ogos di halaman lawan.