Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Rahman digantung tugas hingga kes membabitkan FIFA ini selesai.
Perkara ini diumumkan oleh Timbalan Presiden FAM, Datuk S. Sivasundaram yang menceritakan kronologi kes panjang berlaku ketika ini membabitkan badan induk itu dan 7 pemain warisan Harimau Malaya.
Beliau menjelaskan bahawa Datuk Noor Azman Rahman kini digantung tugasan berkuat kuasa serta-merta sehingga kes sebelum menyambung penjelasan awal kepada pihak media yang hadir
”Setiausaha Agung FAM digantung tugas kuat kuasa hari ini untuk membolehkan satu jawatankuasa pentadbiran beserta tadbir urus bebas melakukan siasatan,” ujar Datuk S. Sivasundaram secara ringkas dalam sidang media ketika ini.
Pada sesi sidang media yang berlangsung pada Jumaat, Datuk S. Sivasundaram hadir sambil ditemani oleh Datuk Rosmadi Ismail dan Datuk Saaran Nadarajah selaku Naib Presiden FAM.
Turut hadir adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Harimau Malaya, Rob Friend dan juga peguam sukan yang mewakili Malaysia dalam urusan kes yang sedang berjalan ketika ini.
Kes membabitkan FAM dan FIFA ketika ini sudah memasuki proses rayuan setelah 7 pemain warisan Harimau Malaya ini digantung selama 12 bulan selain dikenakan denda berupa wang.