Shahril Mokhtar Pertahan Taktikal Katsuhito Kinoshi Di Selangor
MakanBola
Selangor FC

Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor, Datuk Seri Shahril Mokhtar mempertahankan taktikal Kinoshi bagi saingan liga musim akan datang.

“Tiada yang sempurna tapi kemungkinan besar jurulatih Kinoshi cara permainannya lain struktur ia disebabkan berbeza jurulatih berbeza cara,”

“Ada juga yang saya baca kata jurulatih ini banyak fokus kepada bertahan dan sebagainya tapi itu salah satu bahagian struktur dari program latihan,”

“Untuk minggu pertama bertahan manakala beberapa minggu menyerang dan sebagainya. Tiada apa yang sempurna tapi tidak ada masalah besar dalam sesebuah pasukan,” kata Datuk Seri Shahril Mokhtar, Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor.

Ia berikutan skuad Selangor seri ketika menentang pasukan Asia Warriors yang diwakili pemain veteran dari seluruh Asia ketika aksi persahabatan pada minggu lalu.

The Red Giants bakal membuka tirai perlawanan Liga Malaysia dengan menentang skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi Piala Sumbangsih yang akan berlangsung pada 8 Ogos depan.