Shivan Pillay Optimis Bawa Cabaran Baharu Di Liga A1
MakanBola
UM Damansara United

Shivan Pillay yakin mampu bawa cabaran baharu bagi saingan Liga A1 musim 2025-2026.

Beliau yang memulakan karier bolasepak di skuad muda Selangor sebelum berpindah ke PJ City dan Perak pada musim lepas.

Shivan yang mempunyai musim yang baik bersama Perak sehingga meningkatkan nilai pasaran namun terpaksa meninggalkan kelab tersebut berikutan faktor kewangan.

“Sebenarnya, Ini sesuatu keputusan yang sukar saya memilih UM Damansara United yang bermain di A1 berbanding dengan tawaran dari Liga Super,”.

” Masa saya dekat Perak banyak kesan tetapi Liga A1 sangat bagus platform sebab banyak pemain Liga Super turut datang bermain di Liga A1,”.

“16 pasukan dalam satu liga ia dapat melamakan pertandingan dan banyak perlawanan boleh main,”.

“Saya rasa ini akan menjadikan pertandingan yang kompetitif dengan hadir pasukan dari Perak, 2 pasukan dari Kedah dan Kelantan saya rasa ini akan menjadi liga yang kompetitif,” katanya ketika temuramah bersama MakanBola.

Skuad UM Damansara United bakal membuka tirai perlawanan Liga A1 Semi-Pro musim 2025-2026 dengan menentang Perak di Stadium Majlis Perbandaran Manjung pada 3 Ogos 2025.