Pasukan Svay Rieng berjaya menumpaskan Shan United walaupun beraksi di tempat lawan bagi perlawanan pembukaan Shopee Cup.
Shan United membariskan Kyan Zin Phyo di bahagian penjaga gol dan Ryuji Hirota mengemudi di bahagian tengah manakala Efrain Rintaro sebagai ayam tambatan skuad tersebut.
Selain itu, Svay Rieng menurunkan Kwame Peprah di bahagian serangan dan Vireak Dara menggalas tanggungjawab di gawang gol.
Pasukan Svay Rieng bermula garang dengan melancarkan serangan berbahaya seawal 10 minit pertama dan berjaya membuka akaun jaringan perlawanan pada minit ke 11′ hasil jaringan oleh Min Ratanak.
Tersentak dengan jaringan tersebut skuad Shan United turut melakukan percubaan ke arah gawang Svay Rieng namun percubaan tersebut tersasar.
Shan United harus melengkapkan baki 70 minit perlawanan dengan 10 pemain apabila Ryuji Hirota dilayangkan kad merah pada minit ke 18′.
Selepas itu, Svay Rieng dilihat tampak menguasai perlawanan di separuh masa pertama dengan kelebihan jaringan dan pemain.
Memasuki minit ke 40′ perlawanan kedudukan masih didahului oleh skuad Svay Rieng yang dilihat kekal berdisiplin menjaga gawang dari dibolosi.
Pasukan Svay Rieng berjaya memanfaatkan kelebihan satu pemain dengan menambah jaringan pada masa kecederaan separuh masa kedua oleh Patrick Robson.
Perlawanan separuh masa pertama tamat dengan keputusan 2-0 memihak kepada Svay Rieng.
Keluar dari bilik persalinan, skuad Svay Rieng terus melancarkan percubaan berbahaya bagi menambah jaringan skuad tersebut.
Svay Rieng berjaya menambah jaringan ke 3 pada minit ke 53′ hasil sepakan penalti oleh Kwame Peprah bagi mendahului skuad tuan rumah dengan 3 gol di hadapan.
Pada minit ke 70′ Shan United dihadiahkan sepakan penalti namun selepas semakan VAR sepakan penalti tersebut dibatalkan.
Svay Rieng yang tampak menguasai penuh perlawanan ini terus mengasak kubu skuad Shan United pada 10 minit terakhir bagi mengukuhkan lagi keputusan perlawanan.
Perlawanan tamat dengan keputusan 3-0 memihak kepada pasukan pelawat, Svay Rieng.