Siaran Langsung Arctic Open: Lee Zii Jia vs Koki Watanabe (Live Streaming)
MakanBola
Olympics Council of Malaysia

Aksi suku akhir Arctic Open 2024 bakal menemukan jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia dengan pemain nombor 14 dunia, Koki Watanabe.

Selepas berjaya melepasi cabaran Yushi Tanaka di pusingan kedua kejohanan, Zii Jia dilihat berada pada landasan tepat untuk mempertahankan gelaran juara Arctic Open yang dimenangi pada 2023.

Meskipun begitu, Watanabe dijangka menjadi halangan antara Zii Jia dan peringkat separuh akhir. Pemain Jepun itu mara selepas menyingkirkan pemain ke-17 dunia, Lu Guang Zu.

Dari segi ranking, kelebihan memihak kepada Zii Jia selaku pemain keempat dunia berbanding Watanabe yang menduduki ranking ke-14 dunia.

Juara Thailand Open 2024 itu bukan satu-satunya wakil negara yang beraksi di peringkat suku akhir. Empat lagi wakil negara turut beraksi termasuk beregu lelaki kelapan dunia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dan beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah.

Rekod Pertemuan Lee Zii Jia vs Koki Watanabe

Dari segi rekod pertemuan, kelebihan memihak kepada Watanabe di mana beliau memenangi dua aksi terakhir mereka.

Kali terakhir kedua-dua pemain bertemu ialah pusingan pertama China Open 2024. Aksi tersebut menyaksikan Zii Jia tewas kepada Watanabe dengan keputusan 21-15, 21-2.

Info Siaran Langsung Lee Zii Jia vs Koki Watanabe

Tarikh: 11 Oktober 2024 (Jumaat)
Masa: 10.20 pm.
Venue: Energia Areena, Vantaa, Finland.
Siaran Langsung: Astro Supersport & Youtube BWF

Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.