Aksi tumpuan separuh akhir Sukan Olimpik 2024 bakal menemukan regu lelaki utama negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik dengan regu nombor satu dunia, Liang Wei Keng dan Wang Chang.
Kedua-dua beregu berjaya mengesahkan kemaraan ke separuh akhir selepas menewaskan lawan masing-masing di peringkat suku akhir.
Aaron-Wooi Yik terpaksa bekerja keras di atas gelanggang sebelum menewaskan regu nombor tiga dunia dari India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty. Mereka menang dengan keputusan 13-21, 21-14, 21-16.
Sementara Wei Keng-Wang Chang pula menumpaskan wakil Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto. Mereka meraih kemenangan dengan keputusan 24-22, 22-20.
Ini kali kedua Aaron-Wooi Yik dan Wei Keng-Wang Chang berentap di pentas Olimpik selepas sebelum ini bertarung di peringkat kumpulan.
Rekod Pertemuan Aaron Chia-Wooi Yik vs Liang Wei Keng-Wang Chang
Rekod pertemuan lalu menyaksikan Wei Kang-Wang Chang memiliki kelebihan dengan tujuh kemenangan daripada sembilan perlawanan. Ini termasuk aksi Kumpulan A di mana mereka menewaskan Aaron-Wooi Yik dengan keputusan 24-22, 21-14.
Meskipun begitu, regu negara masih berpeluang mencipta kejutan ke atas regu nombor satu dunia itu. Ini kerana Aaron-Wooi Yik pernah menewaskan Wei Keng-Wang Chang dalam saingan Thomas Cup 2024.
Info Siaran Langsung Aaron Chia-Wooi Yik vs Liang Wei Keng-Wang Chang
Tarikh: 2 Ogos 2024 (Jumaat).
Masa: 4.30 petang waktu tempatan.
Venue: Arena De Chapelle, Paris, Perancis.
Siaran Langsung: Astro Arena dan RTM Klik.
Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.