Aksi tumpuan suku akhir beregu lelaki Sukan Olimpik Paris menemukan pemenang pingat gangsa Olimpik lalu, Aaron Chia-Wooi Yik vs Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty pada Khamis.
Setelah mengharungi aksi kumpulan dengan mencatat 2 kemenangan dan 1 kekalahan, Aaron-Wooi Yik diundi berdepan bekas pasangan nombor satu dunia dari India.
Pasangan negara mengakhiri saingan kumpulan Av dengan menumpaskan wakil Great Britain dan Kanada sebelum akur tewas di tangan beregu nombor 1 dunia dari China untuk bergelar naib juara kumpulan.
Rekod Pertemuan Aaron Chia-Soh Wooi Yik vs Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty
11 pertemuan direkodkan melibatkan aksi antara Aaron-Wooi Yik serta beregu India ini dengan pasangan negara memiliki kelebihan setelah mencatatkan 8 kemenangan.
Walau bagaimanapun, tiga pertemuan terakhir berjaya dimenangi oleh Rankireddy-Shetty dengan kali terakhir mereka bertemu di India Open 2024 yang lalu.
Info Siaran Langsung Aaron Chia-Soh Wooi Yik vs Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty
Tarikh: 1 Ogos 2024 (Khamis).
Masa: 7.00 malam waktu tempatan.
Venue: Arena De Chapelle, Paris, Perancis.
Siaran Langsung: Astro Arena dan RTM Klik.
Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.