Siaran Langsung Badminton Olimpik: Lee Zii Jia vs Kunlavut Vitidsarn (Live Streaming)
MakanBola

Aksi tumpuan separuh akhir Sukan Olimpik 2024 bakal menemukan jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia dan wakil Thailand, Kunlavut Vitidsarn.

Pertembungan dua jaguh Asia Tenggara ini menjadi kenyataan selepas kedua-dua pemain berjaya menewaskan lawan masing-masing di peringkat suku akhir. Zii Jia mara selepas menewaskan jaguh Denmark, Anders Antonsen.

Sementara Kunlavut yang berstatus juara dunia 2023 pula mencipta kejutan dengan menyingkirkan pemain nombor satu dunia dari China, Shi Yuqi.

Zii Jia berharap dapat mara sehingga ke final dalam penyertaan kedua Olimpiknya. Ini kerana sebelum ini, beliau terkandas di pusingan 16 pemain terbaik edisi 2020 di Tokyo, Jepun.

Rekod Pertemuan Lee Zii Jia vs Kunlavut Vitidsarn

Rekod pertemuan lalu menyaksikan Zii Jia dan Kunlavut memiliki rekod seimbang dengan kedua-duanya masing-masing memiliki empat kemenangan.

Kali terakhir kedua-dua pemain berentap ialah saingan Indonesia Open 2024. Zii Jia terpaksa akur dengan kehebatan pemain nombor lapan dunia itu dengan keputusan 21-16, 21-17.

View this post on Instagram

A post shared by Malaysia Badminton Lovers (@malaysiabadmintonlovers)

Info Siaran Langsung Lee Zii Jia vs Kunlavut Vitidsarn

Tarikh: 4 Ogos 2024 (Ahad).
Masa: 4.30 petang waktu tempatan.
Venue: Arena De Chapelle, Paris, Perancis.
Siaran Langsung: Astro Arena dan RTM Klik.

Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.