Siaran Langsung Badminton Olimpik: Pearly Tan-M. Thinaah vs Kim Se Yong-Kong Hee Yong (Live Streaming)
MakanBola

Aksi pusingan suku akhir beregu wanita Sukan Olimpik Paris menemukan pasangan utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah vs Kim Se Yong-Kong Hee Yong pada Khamis.

Setelah mencipta kejutan dengan mara selaku naib juara kumpulan, Pearly-Thinaah dijadualkan untuk berdepan tentangan sengit satu lagi beregu handalan dunia dari Korea Selatan.

Pearly-Thinaah merekodkan dua kemenangan di aksi kumpulan ke atas pasangan Jepun dan Indonesia untuk mengiringi beregu nombor satu dunia, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan ke suku akhir.

“Olimpik merupakan satu pentas yang besar. Kita mahu memberikan 100 peratus ketika beraksi dalam gelanggang. Mara hingga ke suku akhir merupakan impian menjadi kenyataan untuk kami,” jelasnya.

“Daripada aksi di Terbuka Indonesia juga kita sudah dapat kembali rentak sebenar. Dulu kita takut untuk buat silap tetapi itu bukan Pearly Tan dan Thinaah yang sebenar,” tambah mereka lagi.

Rekod Pertemuan Pearly Tan-M. Thinaah vs Kim Se Yong-Kong Hee Yong

Hanya 1 sahaja pertemuan direkodkan sepanjang karier melibatkan kedua-dua pasangan yang mana aksi tersebut berjalan di BWF World Tours Final 2021 dan dimenangi oleh Se Yong/Hee Yong.

View this post on Instagram

A post shared by Malaysia Badminton Lovers (@malaysiabadmintonlovers)

Info Siaran Langsung Pearly Tan-M. Thinaah vs Kim Se Yong-Kong Hee Yong

Tarikh: 1 Ogos 2024 (Khamis).
Masa: 2.30 petang waktu tempatan.
Venue: Arena De Chapelle, Paris, Perancis.
Siaran Langsung: Astro Arena dan RTM Klik.

Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.