Siaran Langsung Berbasikal Trek Olimpik: Azizulhasni Awang (Live Streaming)
MakanBola
Olympics Council of Malaysia

Aksi tumpuan rakyat Malaysia di temasya Olimpik kali ini terarah pula ke acara berbasikal trek apabila jaguh negara, Datuk Azizulhasni Awang bakal turun dalam acara pecut.

Datuk Azizulhasni atau lebih dikenali sebagai The Pocket Rocket Man akan bersaing dalam dua acara kegemarannya iaitu keirin dan pecut di temasya Olimpik Paris kali ini

Menurut Datuk Azizul, beliau teruja untuk turun beraksi di temasya kali ini memandangkan ini bakal menjadi Olimpik terakhir buatnya dan berjanji akan memberi aksi terbaik.

”Saya tidak sabar untuk memulakan acara pada hari esok (Rabu) untuk temasya Olimpik ke-5 dan juga yang terakhir buat saya,” ujar pemenang dua pingat di pentas Olimpik itu di laman Instagram.

Acara pecut terlebih dahulu membuka saingan dengan Datuk Azizulhasni dan seorang lagi pelumba, Shah Firdaus akan membawa cabaran negara di pusingan awal pada Rabu.

Jadual Acara Pecut Berbasikal Trek Olimpik Paris

Pusingan kelayakan bagi acara pecut bakal berlangsung pada Rabu kemudian diikuti dengan pusingan 1/32 dan pusingan 1/16 sehingga lewat malam waktu tempatan.

Kemudian, pusingan 1/8 akan kembali bersambung pada awal pagi Khamis sekitar jam 1.38 pagi waktu tempatan sebelum saingan suku akhir bermula pada Khamis malam.

Setiap pusingan ini akan diselangi dengan peringkat Repechages iaitu pusingan khas bagi pelumba-pelumba yang tidak berjaya melayakkan diri dalam pusingan sebelumnya.

Info Siaran Langsung Berbasikal Trek: Azizulhasni Awang

Tarikh: 7 Ogos 2024 (Rabu).
Masa: 6.45 petang waktu tempatan.
Venue: National Velodrome, Paris.
Siaran Langsung: Astro Arena dan RTM Klik.

Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com