Aksi Minggu 9 menyaksikan pertembungan antara Perak dan JDT mencuri tumpuan.
Pengendali JDT, Hector Bidoglio mahu anak buahnya mengekalkan fokus berdepan Perak yang mahu memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri.
“Bagi saya, perlawanan menentang Perak adalah satu lagi perlawanan sukar yang akan kita harungi di tempat lawan.
“Perak dibarisi pemain muda yang tidak erti mengalah malah mereka bakal memberi tekanan buat kami.
“Ia memerlukan kami untuk beraksi dengan lebih baik seperti yang kami lakukan pada perlawanan yang terdahulu dalam usaha melakar kemenangan dan ia penting untuk menjarakkan kedudukan mata dengan Selangor yang mula menghampiri JDT,” katanya.
Kesebelasan Utama Perak vs JDT
Akan dikemas kini sejam sebelum aksi bermula.
Info Siaran Langsung Perak vs JDT
Tarikh: 17 Ogos 2024 (Sabtu)
Masa: 9 Malam
Venue: Stadium Ipoh, Perak.
Siaran Langsung: Astro Arena
Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.