Siaran Langsung Piala FA: JDT vs Kelantan Darul Naim (Live Streaming)
MakanBola
Johor Southern Tigers

Aksi Piala FA 2024 melibatkan pertembungan antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga Kelantan Darul Naim.

Perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim itu juga bakal menemukan juara bertahan dengan lawan yang masih tercari-cari rentak.

Skuad Harimau Selatan menerima semula sentuhan tiga tonggak utama yang mengalami kecederaan iaitu Arif Aiman, Syihan Hazmi dan juga Romel Morales.

Walau bagaimanapun, pembantu jurulatih Kelantan DN FC, Rezal Zambery optimis dengan percaturan pelan B setelah kehilangan tonggak utama atas sebab peribadi.

”Apa yang saya lihat pemain-pemain yang datang pada hari ini sudah bersedia untuk mengharungi perlawanan pada hari esok (Sabtu),” katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Suhaimi.

“Saya rasa dengan sedikit perubahan yang cuba dilakukan ketua jurulatih dan harapnya dengan apa yang dirancang, para pemain dapat berikan yang terbaik.”

Kesebelasan Utama JDT vs Kelantan Darul Naim

Akan dikemas kini sejam sebelum aksi bermula.

Info Siaran Langsung JDT vs Kelantan Darul Naim

Tarikh: 15 Jun 2024 (Sabtu)
Masa: 8:15 Malam
Venue: Stadium Sultan Ibrahim, JB.
Siaran Langsung: Astro Arena

Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.