Skuad Muda JDT Berpeluang Uji Pasukan Elit Korea & Jepun
MakanBola
JOHOR SOUTHERN TIGERS

JDT B-18 mempunyai peluang untuk menguji pasukan elit dari Korea dan Jepun di Piala Seoul EOU 2025.

Kejohanan ini bakal berlangsung pada 21-28 September 2025 di Seoul, Korea Selatan. 8 pasukan muda elit dari 6 negara akan merebut antara kejuaraan tertinggi di Asia untuk skuad bola sepak bawah 18 tahun.

Pasukan-pasukan menyertai kejohanan tersebut adalah Seoul FA pasukan pilihan, K League pasukan pilihan, Sekolah Tinggi Gangneung Jungang, Universiti Kanto pasukan pilihan, Zhejiang B-18, Buriram United B-18, Vietnam B-18 dan JDT IV.

Harimau Selatan B-18 bakal berpeluang berdepan cabaran dengan menentang 3 pasukan dari Korea iaitu pasukan pilihan dari K League dan Seoul FA. Selain itu, Sekolah Tinggi Gangneung Jungang yang berpangkalan di Gangwon, Korea.

Pasukan JDT IV juga mempunyai peluang bertemu skuad dari Kanagawa, Jepun iaitu pasukan pilihan Universiti Kanto yang sangat elit di negara matahari terbit itu dan Zhejiang B-18 dari China.

Selepas itu, JDT IV turut berkesempatan bertemu skuad dari Asia Tenggara iaitu Buriram United dan Vietnam B-18.

Kejohanan ini dianjurkan oleh Persatuan bola sepak Seoul dan Persatuan agen sukan Korea.