Skuad Muda JDT Lakar Pencapaian 50 Trofi Sejak 2013
MakanBola
Johor Southern Tigers

Skuad muda Johor Darul Ta’zim (JDT) telah merangkul 50 trofi di peringkat domestik dan antarabangsa sejak 2013.

Pencapaian menarik pasukan muda Harimau Selatan itu dikongsikan pengurusan pasukan itu di platform Johor Southern Tigers.

Terbaru, barisan bintang muda JDT merangkul trofi ke-50 mereka apabila JDT IV muncul juara Piala Belia 2025 dengan kelebihan satu perlawanan.

Pencapaian itu dilakar anak buah Juan Alejandro Jimenez Lombarte itu dengan menewaskan Selangor FC 2-0 dalam aksi terbaru Piala Belia.

Fahmi Farizamal meletakkan JDT IV di hadapan pada babak kedua. Harapan Selangor untuk bangkit pada separuh masa kedua musnah apabila Abid Safaraz meledakkan gol kemenangan pada minit ke-78.

JDT IV berpeluang menutup kempen Piala Belia dengan kemenangan apabila turun menentang Kuching City FC pada 1 November.

Sebelum ini, JDT III ceria apabila meraih gelaran juara Piala Presiden 2025 baru-baru ini. Mereka mengatasi Selangor FC dengan kelebihan lima mata.

Ubi muda JDT telah merasai pelbagai trofi sejak tahun 2013. Antara trofi lain yang dimenangi skuad muda Harimau Selatan ialah Liga Perdana, Piala MFL dan Singapore Youth League (SYL).