Skuad Muda JDT Lakar Rekod Baharu Piala Presiden
MakanBola
Johor Southern Tigers

Skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) III melakar sejarah tesendiri apabila meraih gelaran juara Piala Presiden musim 2025.

Ini kerana pasukan itu menjadi pasukan pertama yang menjulang kejuaraan itu sebanyak empat kali berturut-turut sejak diperkenalkan pada 1985.

Fakta menarik ini dikongsikan penulis dan pemerhati pasukan itu, Hafiz Othman bila mengulas pencapaian anak buah Pedro Cellado Celda itu.

“JDT lll merupakan satu-satunya pasukan yang berjaya merangkul kejuaraan Piala Presiden empat tahun berturut-turut sejak 40 tahun kejohanan ini diperkenalkan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

JDT kini memiliki lima kejuaraan termasuk gelaran juara 2009 ketika pasukan itu dikenali sebagai Johor FC. Pasukan itu kini berkongsi rekod kejuaraan sama dengan pesaing terdekat, Selangor FC.

Gelaran juara Piala Presiden yang terbanyak masih dipegang Kelantan dengan tujuh kejuaraan. Ini termasuk gelaran juara sulung Piala Presiden pada 1985.