Skuad Muda JDT Tumbangkan Singapura
MakanBola
Johor Southern Tigers

Johor Darul Ta’zim (JDT) IV membuktikan status mereka sebagai juara Piala Belia 2025 dengan mengatasi skuad Singapura B-18 2-0 dalam aksi persahabatan antarabangsa.

Ini selepas pengurusan Harimau Selatan memuat naik keputusan perlawanan itu di platform Johor Southern Tigers.

Aksi ini dilihat bukan saja persiapan awal JDT IV untuk menghadapi kempen Piala Belia pada tahun hadapan.

Malah, ini dilihat peluang terbaik mengenal pasti bakat-bakat baharu yang berpotensi menyarung jersi JDT III untuk kempen Piala Presiden 2026.

Penjaring terbanyak JDT IV musim ini, Abid Safaraz Rozaidi membuka tirai jaringan buat pelawat pada minit ke-42.

Faris Asyraf Fandi memastikan anak buah Juan Alejandro Jimenez Lombarte ceria menyeberangi Tambak Johor dengan gol kedua pada minit ke-54.