Slot Sayap Kiri Harimau Malaya Bakal Jadi Rebutan 3 Pemain
MakanBola
Malaysia NT

Bekas penyerang kebangsaan, Nizaruddin Yusof menjangkakan saingan sengit daripada tiga pemain untuk merebut slot sayap kiri Harimau Malaya.

Tiga pemain sayap yang dimaksudkan ialah Faisal Halim, Ramadhan Saifullah Usman dan Safawi Rasid.

Nizaruddin percaya prestasi semasa yang dimiliki ketiga-tiga pemain ketika ini dijangka menyukarkan jurulatih skuad kebangsaan, Peter Cklamovski membuat pilihan.

Pada masa sama, bekas penyerang Selangor FC itu melihat Faisal dan Ramadhan mampu memberi saingan jika dipilih beraksi dalam kesebelasan utama.

“Kalau belah kanan tak boleh sangkallah, itu memang posisi Arif Aiman (Hanapi). Sebab (prestasi) dia makin meningkat dan untuk belah kiri, kita ada dua atau tiga pilihan bermain dalam kesebelasan.

“Kita ada Faisal Halim, semakin hari semakin meningkat dan hampir kembali ke prestasi asal. Dan Ramadhan juga pemain baru yang dipanggil untuk memastikan beliau memberi saingan kepada Faisal Halim jika Faisal Halim tak boleh diturunkan atau ada masalah lain.

“Saya rasa kombinasi tiga serangkai ini iaitu Romel Morales, Arif Aiman, Faisal Halim atau Ramadhan itu mampu membantu skuad kebangsaan mendapatkan jaringan atau memberi impak bila diturunkan,” katanya kepada Nadi Arena.

Faisal, Ramadhan dan Safawi masing-masing meledakkan lima, empat dan lima gol setakat ini untuk musim 2025/26.

Faisal dan Ramadhan turut mencipta lima dan empat bantuan gol buat kelab mereka, Selangor dan Kuching City FC.

Tidak kira siapa yang akan diturunkan, bisa trio ini dijangka Cklamovski menjelang aksi kelayakan Piala Asia 2027 menentang Laos pada 9 Oktober ini.