Sorakan Zul Ariffin Gamatkan Aksi Perak Bison vs Kelantan Warriors
UltraSukan
SepakTakraw League

Sorakan pelakon popular, Zul Ariffin menggamatkan aksi final Grand Prix (GP) Perak membabitkan Perak Bison dan Kelantan Warriors.

Sorakan pelakon Don Dukun itu dikongsikan menerusi satu video yang disiarkan di platform SepakTakraw League (STL).

Video tersebut menunjukkan reaksi ceria Zul dan penyokong Perak Bison apabila pasukan itu menewaskan Kelantan Warriors pada set pertama.

“Reaksi orang Taiping selepas Perak Bison berjaya menumpaskan Kelantan Warriors di set pertama perlawanan akhir dengan mata 15-11!” katanya.

Sebaik video tersebut disiarkan, ramai peminat sepak takraw teruja dengan sorakan padu penyokong Perak Bison terutama Zul.

Seorang penyokong bernama Anissrusli gembira dengan suasana aksi final di Stadium Indera Mulia. “Penyokong Perak, anda semua memang terbaiklah,” katanya.

Seorang lagi penyokong bernama Nasrieqhaiqal13 pula menyifatkan Zul tetap bersahaja bersama penyokong dalam aksi final tersebut.

“Mantap Cik Solihin Mabrur (watak Zul dalam filem Hantu Kak Limah) guru silat perbaharui cukai jalan dan lesen memandu,” katanya.

View this post on Instagram

A post shared by Sepak Takraw League (@stl.my)

Perak Bison muncul juara GP Perak dengan menewaskan Kelantan Warriors menerusi keputusan 15-11, 15-12.

Aksi final GP Perak turut diserikan dengan keberangkatan DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.