Stadium Sultan Ibrahim Terima Anugerah MYTQA
MakanBola
Johor Southern Tigers

Stadium keramat Johor Darul Ta’zim (JDT), Stadium Sultan Ibrahim (SSI) terus mendapat pengiktirafan baik di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Terbaru, SSI menerima Sijil dan Plak Anugerah Platinum bagi Penarafan Produk Pelancongan Program Malaysia Tourism Quality Assurance (MyTQA).

Secara ringkas, MyTQA ialah inisiatif Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bertujuan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan produk pelancongan di Malaysia.

Mana-mana lokasi tarikan pelancong yang menerima sijil dan anugerah MyTQA menjadi rujukan kepada pelancong tentang tempat terbaik yang perlu dilawati di Malaysia.

Sijil dan plak anugerah disampaikan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato’ Sri Tiong King Sing dalam satu majlis di SSI.

Ketua Pegawai Operasi (COO) merangkap Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards mewakili pengurusan kelab untuk menerima sijil dan anugerah berkenaan.

Sebelum ini, SSI turut dipilih antara mercu tanda ikonik sebagai sebahagian daripada kempen Tahun Melawat Johor 2026.