Selepas meninggalkan Worcester City, Kobe Chong memilih menyertai kelab Stourbridge.
Perpindahan pemain berusia 24 tahun itu disahkan kelab yang beraksi dalam saingan Southern League Premier Division Central itu.
“Selamat datang ke The Glassboys, Kobe. Pemain sayap lincah itu membawa bersama banyak pengalaman selepas mewakili beberapa kelab termasuk Telford, Kettering, Kings Lynn dan baru-baru ini, Worcester City,” kata kelab dalam satu kenyataan.
Kehadiran Kobe dilihat menyuntik semangat pasukan itu selepas hanya merekodkan satu kemenangan sepanjang November lalu.
Selain bekas pemain sayap Peterborough United itu, Stourbridge turut mengumumkan perpindahan bekas penyerang Rushall Olympic, Toumani Sidibe.
Kudrat Kobe dan Sidibe bakal ditagih The Glassboys menjelang aksi menentang AFC Sudbury yang berlangsung pada 6 Disember.