Bekas pengadil Malaysia dan Antarabangsa, Subkhiddin Salleh yakin dengan kredibiliti dan kemampuan Nazmi Nasaruddin.
Nazmi Nasaruddin yang bakal menggalas tanggungjawab sebagai pengadil Piala Dunia B-20 bersama dua lagi wakil Malaysia Zairul Khalil Tan dan Mohamad Muazi sebagai pembantu pengadil.
Piala Dunia B-20 yang bakal berlangsung di Chile pada 27 September sehingga 19 Oktober ini bakal disertai 24 negara dari 6 konfederasi bolasepak seluruh dunia.
“Beliau lebih baik dari saya dan dia lebih hebat. Beliau sudah capai di tahap yang lebih baik dari pengadil-pengadil Malaysia sebelum ini,”
“Saya cemburu melihat dia yang lebih hebat dan berkarisma dari saya. Semua perkara kecil di dalam padang atau di luar padang harus diambil kira jadi Nazmi perlu berhati-hati,”
“Kadang-kadang kita perlu insentif sedikit tidak terlalu tergesa-gesa membuat semua perkara sehingga terjejas persiapan yang utama ke Piala Dunia 2026,” kata Subkhiddin Salleh, bekas pengadil Piala Dunia dari Malaysia ketika sesi temu ramah bersama Astro Arena.
Nazmi yang bakal membuat penampilan di Piala Dunia B-20 sebagai pengadil itu bakal menjadi medan terakhir beliau sebelum dipilih ke pentas Piala Dunia 2026 di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.