Sukan SEA: Fergus Tierney Dijangka Sertai Malaysia B-23 Bersyarat
MakanBola
MALAYSIA NT

Penyerang berprolifik Sabah & Malaysia, Fergus Tierney bakal memperkuatkan pasukan The Rhinos bagi aksi final Piala FA musim ini terlebih dahulu sebelum menyertai Malaysia B-23 secara bersyarat.

Khidmat Fergus Tierney bagi perlawanan peringkat kumpulan sukan SEA edisi 2025 dijangka harus dilupakan selepas beliau akan bersama-sama pasukan Sabah dalam aksi final Piala FA pada 14 Disember ini.

Beliau merupakan antara ayam tambatan penting pasukan The Rhinos bagi merobek gawang Harimau Selatan dalam aksi final tersebut.

Sabah bakal berdepan cabaran hebat oleh pasukan Harimau Selatan dalam aksi final Piala FA musim ini selepas berjaya menewaskan Selangor 4-5 bagi aksi separuh akhir kedua menerusi sepakan penalti di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada Ahad lalu.

Menurut Zulhelmi Zainal Azam, Fergus Tierney bakal menyertai kem kebangsaan Malaysia dalam saingan sukan SEA sekiranya Harimau Muda layak ke pusingan separuh akhir.

“Fergus Tierney perkuat Sabah untuk final Piala FA, dijangka sertai skuad B23 negara andai mara ke separuh akhir,” kata Zulhelmi Zainal Azam di halaman X milik beliau.

Harimau Muda bakal memulakan kempen sukan SEA edisi 2025 dengan menentang Laos pada Sabtu ini di Stadium Rajamangala, Bangkok, Thailand.