Skuad Malaysia B-23 bakal berdepan cabaran Vietnam dalam Kumpulan B dalam temasya Sukan SEA 2025.
Ini selepas undian membabitkan sembilan pasukan yang bertanding diadakan pada 19 Oktober yang dikongsikan ASEAN Football. Kesemua sembilan pasukan dibahagikan mengikut tiga balang.
Balang 1 terdiri daripada Indonesia, Thailand dan Vietnam. Balang 2 terdiri daripada Malaysia, Myanmar dan Kemboja.
Balang 3 pula terdiri daripada Filipina, Laos dan Timor Leste dengan Singapura dalam balang 4. Kumpulan A dan B memiliki tiga pasukan dengan Kumpulan C (empat kumpulan).
Tiga juara kumpulan dan naib juara terbaik kumpulan akan mara ke peringkat separuh akhir Sukan SEA 2025.
Malaysia berada dalam Kumpulan B bersama musuh tradisi, Vietnam. Satu lagi pasukan yang berada dalam kumpulan sama ialah Laos.
Aksi peringkat kumpulan bakal diadakan di Songkhla dan Chiang Mai. Aksi separuh akhir dan final pula diadakan di stadium keramat Thailand, Stadium Rajamangala.
Anak buah Nafuzi Zain berharap dapat menjadikan temasya ini sebagai medan menebus kehampaan. Ini selepas Malaysia B-23 gagal layak ke Piala Asia B-23 2026.